iklan responsive
Skuad hoki lelaki negara terpaksa menelan kepahitan tewas dalam perlawanan pembukaan Liga Hoki Dunia di London apabila tewas 5-2 di tangan Argentina, awal pagi tadi.
Pasukan Malaysia yang dikendalikan Stephen Van Huizen mempamerkan semangat yang tinggi apabila bangkit dua kali untuk mengikat kedudukan 2-2 di awal permainan.
Bagaimanapun, gol daripada Shahril Saabah dan Tengku Ahmad Tajuddin itu dipadamkan dengan kehebatan pakar pukulan sudut penalti Argentina, Gonzalo Peillat.
Pemain berusia 24 tahun itu menyumbat empat gol, tiga daripadanya hasil dari pukulan sudut penalti dan satu gol ketika dalam aksi permainan, sebelum Facundo Callioni menjaringkan gol kelima untuk melengkapkan permulaan gemilang buat pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2016 itu.
Bagi Van Huizen, pemainnya menunjukkan kualiti permainan yang terbaik namun dipisahkan dengan kehebatan Peillat.
"Secara keseluruhan, saya rasa pemain-pemain mempamerkan aksi yang wajar dipuji tetapi mereka memiliki pemain yang mempunyai kehebatan pada pukulan sudut penalti dan mereka menggunakan kesempatan itu dengan baik," kata Van Huizen.
Sementara itu, ketua jurulatih Argentina, Carlos Retegui, menyifatkan kemenangan ke atas Malaysia diraih atas kebijaksanaan anak-anak buahnya.
"Kemenangan ini amat penting dan pemain-pemain menunjukkan keinginan yang tinggi untuk menang.
"Lima pukulan sudut penalti dan kami berjaya menjaringkan empat gol melaluinya membuatkan saya amat gembira," ujar Retegui.
Kredit : Stadium Astro
ikalan saiz 250
loading...
0 Response to "Hoki : Tewas dalam perlawanan pembukaan"
Post a Comment